Tainan, Taiwan


Tainan yang terletak di Selatan Taiwan merupakan sebuah bandar tertua di Taiwan. Bandar ini pernah dijajah oleh orang-orang Belanda dan Jepun. Oleh kerana kaya dengan budaya masyarakat tempatan, tempat ini dibanjiri oleh pelancong dari serata dunia.

Shazni Shazwani


Fakta Menarik!
Tainan mempunyai lebih banyak kuil berbanding bandar-bandar lain di Taiwan


Shazni Shazwani
Cuaca di Tainan tidak banyak beza berbanding di kawasan Selatan Taiwan seperti Kaohsiung dan Chia Yi. Namun pelancong gemar ke sini pada musim yang lebih sejuk berbanding musim panas. Waktu yang sesuai untuk datang ke Tainan adalah pada bulan Januari, Februari, Mac, April November, dan Disember. 



Fort Provintia
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
Chihkan Tower atau lebih kenali sebagai Fort Provintia adalah sebuah kubu pusat pentadbiran yang dibina semasa penjajahan Belanda di Taiwan.  Terdapat beberapa tugu di kawasan Provintia yang mempunyai sejarah tentang zaman dahulu. Kubu ini sering dipulihkan dan diperbaiki menyebabkan sebahagian daripada bentuk seni bina bangunan Belanda tersebut mempunyai bentuk seni bina Cina. Tugu ini telah diklasifikasikan sebagai tapak bersejarah kelas pertama menjadikan Fort Provintia salah satu tarikan pelancong di Tainan.

Peta
Waktu operasi
Ahad-Jumaat 08:00-17:30
Sabtu 08:00-21:30
Tutup pada Tomb Sweeping Festival, Dragn Boat Festival, Moon Festival & tiga hari pertama Tahun Baru Cina.


Sicao Mangrove Green Tunnel
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
Terusan ini dibina oleh manusia pada zaman dahulu sebagai laluan penghantaran garam menggunakan bot. Namun pokok-pokok Bakau telah tumbuh sepanjang terusan menjadikan ia sebuah terowong hijau yang cantik. Pelancong boleh menaiki bot seperti rakit yang tidak berbumbung dan hanya menggunakan bangku plastik untuk duduk. Pada cuaca panas, mereka menyediakan topi untuk dipakai. Selain itu pelancong juga dapat melihat pelbagai jenis burung yang singgah dan hidupan air sepert ketam dan ikan belacak.

Peta
Waktu operasi
Isnin-Ahad 08:00-17:00


Jingzaijiao Tile-paved Salt Fields
Shazni Shazwani
Ladang garam ini telah ditubuhkan lebih 300 tahun dan tertua di Tainan. Dulunya merupakan padang pasir dan kini mereka jadikan tempat memproses garam. Air laut yang terperangkap dalam kawasan ladang garam yang berbentuk segi empat akan tersejat menghasilkan garam-garam kasar. Orang ramai boleh melihat sendiri cara-cara garam itu terhasil. Terdapat kedai cenderahati yang menjual produk garam bagi mereka yang ingin membelinya.

Peta
Waktu operasi
Setiap hari
08:00-18:00


Anping Tree House
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
'Rumah Pokok' Anping ini dulunya sebuah gudang milik orang Belanda di Tainan. Gudang ini menyimpan garam sebelum dieksport ke tempat lain. Kemudian gudang ini menjadi syarikat milik orang Jepun. Selepas terbengkalai, akar-akar pokok mula menjalar melalui dinding bangunan. Gudang itu dibuka dan dijaga bagi tujuan pelancongan.

Peta
Waktu Operasi
Setiap Hari
08:30-17:30


Anping Fort
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
Anping fort juga dikenali sebagai Fort Zeelandia. Tempat ini dijadikan transit bagi pedagang-pedagang Eropah dan terkenal sebagai pusat perniagaan antarabangsa. Tugu ini telah dibina pada zaman penjajahan Belanda ke Taiwan, namun telah dibaik pulih untuk tarikan pelancong. Pelancong boleh mengimbau kembali zaman Belanda menjajah Taiwan di tugu replika ini.

Peta

Ten Drum Culture Village
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
Kawasan ini merupakan bekas kilang memproses gula. Kilang gula ini ditutup akibat gula yang di eksport merosot di Taiwan. Beberapa ahli kumpulan Ten Drum Art Percussion menjadikan tempat tersebut untuk berlatih bermain drum. Terdetik dalam hati mereka untuk menghidupkan semula tempat yang terbiar untuk dijadikan tempat beriadah.
Kini kilang itu menjadi tumpuan ramai pelancong dan penduduk setempat untuk datang dan beriadah disini. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti 'Sugar Drop' atau lebih dikenali sebagai Sky Jump. Malah terdapat persembahan daripada kumpulan Ten Drum sendiri. Mereka masih mengekalkan peralatan dan mesin yang digunakan untuk membuat gula suatu ketika dulu agar orang lain boleh lihat sendiri sejarah disebalik penubuhan Ten Drum Culture Village.
Sesetengah bangunan disini dijadikan Cafe dan Restoran.

Peta
Waktu operasi
Isnin 09:30-17:00
Selasa-Khamis & Ahad 09:30-21:00
Jumaat & Sabtu 09:30-21:30

Chuan Mei Theater
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
Panggung ini merupakan kedua tertua di Tainan dan dibuka sejak tahun 1950. Walaupun cerita yang ditayangkan adalah dari zaman kini, namun suasana zaman dahulu itu masih ada kerana bentuk seni bina, peralatan dalam panggung, serta proses penjualan tiket ada unik dan nostalgia. Paling menarik tumpuan pelancong adalah poster-poster panggung yang dilukis sendiri oleh artis Yan Chen Fa. Beliau telah memenangi banyak award dari serata dunia dengan bakat yang terpendam

Peta


MicMac Indonesian Halal Restaurant
Shazni Shazwani
Restoran ini adalah milik Puan Heny Sri, orang Indonesia yang sudah lama menetap di Tainan, Taiwan. Puan Heny merupakan bekas pelajar di salah sebuah Universiti di Tainan suatu ketika dahulu. Beliau menceritakan zaman beliau seorang pelajar sangat sukar untuk mencari makanan Halal. Kini beliau telah menetap di Taiwan lebih 20 tahun untuk mencari sumber rezeki yang Halal dengan membuka sebuah restoran berhampiran Universiti yang pernah Puan Heny belajar dahulu. Menurut Puan Heny, Restoran beliau menjadi tempat pelajar Muslim berkumpul untuk makan dan membuat kerja.

Peta
Waktu Operasi
 Isnin-Jumaat 09:00-12:00 & 17:00-21:00
Sabtu & Ahad 09:00-21:00


Level 14, Silks Hotel
Shazni Shazwani
Restoran ini terletak di tingkat 14 Silks Place Hotel. Mereka baru mendapat sijil Halal pada tahun 2017. Di Restoran ini menyediakan banyak jenis masakan yang Halal untuk mereka yang menginap disini.

Peta



Silks Place Hotel
Shazni Shazwani
Shazni Shazwani
Silks Place Hotel yang terletak di bandar Tainan ini merupakan hotel lima bintang. Hotel ini mempunyai pelbagai fasiliti seperti kolam renang, gym, bilik permainan kanak-kanak, Restoran dan Cafe, lobi, dan dewan untuk kegunaan mereka yang menetap disini. Selain itu, terdapat bilik bagi Muslim dan mereka menyediakan sejadah, waktu sembahyang dan arah kiblat. Terdapat beberapa unsur kesenian di setiap bilik seperti bentuk lampu tidur ibarat berus Cina yang digunakan untuk menulis.





Video Prepared by PCP Publication





Comments

Popular Posts