Chia Yi, Taiwan
Chia Yi terletak di bahagian Selatan Taiwan. Salah satu Daerah yang merupakan akses ke kawasan tanah tinggi, Alishan. Ia dikelilingi oleh gunung ganang yang juga merupakan tumpuan pelancong. Kebiasaannya mereka yang pergi ke Chia Yi akan menaiki High Speed Rail (HSR) yang menghubungkan bandar-bandar besar di Taiwan seperti Taipei, Kaohsiung dan Tainan.
Fakta Menarik!
Chia Yi adalah tempat asal bagi pembuatan tembikar Koji ( Koji Pottery). Arca seni ini sering digunakan di kuil-kuil atau sebagai unsur-unsur hiasan di rumah tradisional. Setiap arca ini menceritakan tentang sesuatu kisah legenda, cerita dongeng, cerita rakyat dan sejarah.
ChiaYi terletak berhampiran dengan kawasan tanah tinggi Alishan tetapi tidak banyak beza cuaca di Chia Yi dengan sekitar kawasan di Selatan Taiwan. Pelancong yang singgah di ChiaYi pasti akan pergi ke kawasan tanah tinggi Alishan untuk mendapatkan udara yang lebih sejuk dan dingin.
Hinoki Village
Perkampungan budaya ini juga dikenali sebagai Cypress Forest Life Village. Dahulunya ia merupakan asrama bagi Biro Perhutanan ketika penjajahan Jepun di Taiwan. Terdiri daripada 28 buah asrama dengan bentuk seni bina Jepun.
Sekarang perkampungan ini menjadi daya tarikan pelancong yang singgah di Chia Yi kerana bangunan-bangunan yang unik itu digunakan sebagai kedai-kedai yang menjual kraftangan dan cenderahati, restauran dan cafe, dan galeri.
Website | Peta
Waktu operasi
Isnin Tutup
Selasa-Ahad 10:00-18:00
Alishan National Scenic Area
Eryanping Trail
Sebelum ke Alishan, kena singgah di sini untuk melihat pemandangan 'Sea of Clouds'! Dengan track lebih kurang 800 meter ni, anda akan disajikan dengan pemandangan gunung-ganang yang seolah-olah sedang terapung seperti pulau di lautan awan. Pelancong akan dibawa ke sini pada waktu senja. Sepanjang perjalanan mendaki aterdapat pemandangan hutan dan ladang teh yang menghijau sebelum tiba di observation deck.
Peta
YuYuPas Tsou Cultural Village

YuyuPas dalam bahasa Tsou bermaksud 'sangat kaya'. Pusat kebudayaan yang terletak kira-kira 1200 meter dari aras laut di Alishan ini mempunyai kebun teh yang luas. Typhoon Marakot yang melanda pada tahun 2009 telah memusnahkan kawasan pergunungan dan tempat tinggal masyarakan orang Asli Tsou. Oleh kerana itu, sesetengah daripada mereka terpaksa meninggalkan puak mereka dan membina pusat kebudayaan ini untuk tarikan pelancong.
Terdapat dewan pameran, dewan pameran, dewan teater, rumah tradisional, restoran, dan ladang teh. Dewan pameran memaparkan tentang kehidupan orang asli Tsou dan peralatan yang digunakan untuk memburu. Pakaian yang dipakai oleh mereka diperbuat daripada kulit kambing.
Orang Asli Tsou bergantung kepada memburu binatang pada zaman dulu. Oleh kerana beberapa peraturan baru, mereka lebih tertumpu kepada pertanian. Pelancong akan dapat lihat sendiri persembahan khas daripada orang asli Tsou. Sesetengah daripada mereka mempunyai bakat dalam menari dan menyanyi.
Website (Chinese) | Peta
Waktu operasi
Isnin-Jumaat & Ahad 09:00 - 17:00
Sabtu 09:00-21:00
Fenchihu
Fenchihu adalah sebuah perkampungan terpencil yang terletak di pergunungan Alishan. Perkampungan ini mempunyai sebuah stesen kereta api lama yang kini menjadi muzium yang mempamerkan keretapi lama. Pada zaman dulu, stesen kereta api tersebut merupakan tempat persinggahan kerana ia merupakan tempat penghantaran kayu-kayu pembalakan. Terdapat Old Street di perkampungan ini yang menjadi tarikan pelancong kerana mereka masih mengekalkan bentuk seni bina bangunan lama.

Alishan adalah kawasan tanah tinggi yang terletak di Daerah Chia Yi. Terdapat pokok-pokok Cypress yang
tumbuh tinggi diseliputi lumut. Membuatkan tempat itu seperti dunia fantasi. Apa yang menjadikan tempat ini lebih menarik adalah Alishan Railway
Forest. Pengunjung boleh menaiki keretapi dari Zhaoping Railway Station ke Alishan Forest Scenic Park yang akan melalui kawasan hutan sambil
menikmati pemandangan yang menakjubkan. Pelancong lebih gemar datang ke sini apabila musim bunga.
Walaupun
Alishan National Park merupakan hutan yang terpelihara, mereka tidak
menghadkan kedatangan pelancong dari seluruh negara. Malah mereka tidak
mengenakan apa-apa bayaran untuk masuk.
Eryanping Trail
Sebelum ke Alishan, kena singgah di sini untuk melihat pemandangan 'Sea of Clouds'! Dengan track lebih kurang 800 meter ni, anda akan disajikan dengan pemandangan gunung-ganang yang seolah-olah sedang terapung seperti pulau di lautan awan. Pelancong akan dibawa ke sini pada waktu senja. Sepanjang perjalanan mendaki aterdapat pemandangan hutan dan ladang teh yang menghijau sebelum tiba di observation deck.
Peta
YuYuPas Tsou Cultural Village

YuyuPas dalam bahasa Tsou bermaksud 'sangat kaya'. Pusat kebudayaan yang terletak kira-kira 1200 meter dari aras laut di Alishan ini mempunyai kebun teh yang luas. Typhoon Marakot yang melanda pada tahun 2009 telah memusnahkan kawasan pergunungan dan tempat tinggal masyarakan orang Asli Tsou. Oleh kerana itu, sesetengah daripada mereka terpaksa meninggalkan puak mereka dan membina pusat kebudayaan ini untuk tarikan pelancong.
Terdapat dewan pameran, dewan pameran, dewan teater, rumah tradisional, restoran, dan ladang teh. Dewan pameran memaparkan tentang kehidupan orang asli Tsou dan peralatan yang digunakan untuk memburu. Pakaian yang dipakai oleh mereka diperbuat daripada kulit kambing.
Orang Asli Tsou bergantung kepada memburu binatang pada zaman dulu. Oleh kerana beberapa peraturan baru, mereka lebih tertumpu kepada pertanian. Pelancong akan dapat lihat sendiri persembahan khas daripada orang asli Tsou. Sesetengah daripada mereka mempunyai bakat dalam menari dan menyanyi.
Website (Chinese) | Peta
Waktu operasi
Isnin-Jumaat & Ahad 09:00 - 17:00
Sabtu 09:00-21:00
Fenchihu
Fenchihu adalah sebuah perkampungan terpencil yang terletak di pergunungan Alishan. Perkampungan ini mempunyai sebuah stesen kereta api lama yang kini menjadi muzium yang mempamerkan keretapi lama. Pada zaman dulu, stesen kereta api tersebut merupakan tempat persinggahan kerana ia merupakan tempat penghantaran kayu-kayu pembalakan. Terdapat Old Street di perkampungan ini yang menjadi tarikan pelancong kerana mereka masih mengekalkan bentuk seni bina bangunan lama.
Private Chef Kitchen

Restoran ini menyediakan masakan Turkish. Sudah semestinya Halal kerana tukang masak itu sendiri adalah orang Muslim dari Turki. Selain daripada alasan susah untuk mencari makanan Halal di Taiwan, tujuan mengapa beliau berpindah dan membuka restoran di Taiwan adalah kerana isterinya orang tempatan. Restoran ini dihiasi dengan perhiasan berwarna-warni seolah-olah berada di Turki. Dilengkapi dengan kemudahan WiFi dan Surau.
Peta
Waktu Operasi
Jumaat-Rabu 11:00-1430 & 17:00-21:00, Khamis Tutup
YuYuPas Tsou Restaurant
Restaurant di pusat kebudayaan Tsou ini menyediakan makanan Halal bagi Muslim. Mereka mengasingkan dapur untuk masakan Halal sahaja. Malah semua peralatan untuk memasak juga berlainan. Mereka telah mendapat pengiktirafan restauran Halal pada November 2017.
Pengunjung yang datang ke pusat kebudayaan ini bukan sahaja dapat melihat persembahan dan pameran tentang orang asli Tsou tetapi dapat makan sendiri masakan Cina yang Halal di restauran ini.
Website (Chinese) | Peta
Waktu operasi
Isnin-Jumaat & Ahad 09:00 - 17:00
Sabtu 09:00-21:00
Long Yun Farm Halal Restaurant

Restoran ini terletak di Long Yun Farm Homestay. Bagi pelancong yang menginap disini atau mahu singgah ke Alishan boleh makan di restoran ini kerana makanan yang disediakan adalah Halal. Malah, dapur disini diasingkan bagi masakan Halal dan masakan biasa. Peralatan dapur juga dilabelkan supaya dapat membezakan untuk kegunaan memasak nanti.

Long Yun Farm Homestay

Salah satu penginapan yang terletak di tanah tinggi Alishan. Homestay ini menyediakan beberapa jenis bilik dengan pemandangan yang cantik. Bagi mereka yang menetap disini berpeluang melakukan beberapa aktiviti menarik seperti aktiviti membuat Mochi, Forest Night Walk, Karaoke, Jungle Trekking dll. Semua aktiviti outdoor dan indoor ini bergantung pada kuantiti pelancong yang datang menginap dan jika cuaca pada hari tersebut baik. Homestay ini disajikan dengan pemandangan gunung-ganang yang sangat cantik terutama sekali pada waktu senja.

Tempat penginapan ini juga menyediakan Restoran Halal bagi semua Muslim yang menginap di sini.
Video prepared by PCP Publication
Comments
Post a Comment