Kaohsiung, Taiwan


Kaohsiung terletak di barat daya Taiwan dan merupakan bandar kedua terbesar selepas Taipei. Mempunyai populasi penduduk melebihi 1.5 juta. Mulanya dengan sebuah perkampungan perdagangan yang kecil, kini telah menjadi sebuah bandar yang pesat. Kaohsiung pernah menjadi tuan rumah bagi World Games 2009. 




Fakta Menarik!
Kaohsiung mempunyai pelabuhan yang terbesar di Taiwan.
Nama pertama Kaohsiung adalah Takau, bermaksud 'Beating Dog'



Pelancong gemar ke Kaohsiung sekitar bulan April, November dan Oktober kerana cuacanya yang  nyaman. Mereka dapat menikmati musim bunga sekitar bulan April dan musim luruh pada bulan Oktober. Namun, harga tiket penerbangan dan hotel lebih mahal berbanding bulan-bulan yang lain.  Purata suhu paling tinggi adalah 32 darjah Celcius pada bulan Ogos hingga September dan paling sejuk adalah 15 darjah Celcius pada bulan Disember hingga January.


The Pier 2 Art Center
 Shazni Shazwani
 Shazni Shazwani

Sebuah gudang pelabuhan terbiar yang telah diubah suai oleh seniman tempatan dan dijadikan pusat seni. Terdapat galeri dan kedai jualan barangan berjenama. Dengan keunikan yang tersendiri, gudang ini merupakan tempat tarikan bagi penduduk tempatan dan pelancong. Terutama sekali apabila  pelbagai acara tahunan dilangsungkan disini. 

Aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan gudang adalah melawat galeri pameran (bertukar mengikut masa-masa tertentu), public arts, menyewa basikal, berkelah dll.
Waktu operasi
Isnin-Khamis 10:00-1800
Jumaat-Ahad 10:00-20:00 


Takao Railway Museum
 Shazni Shazwani
 Shazni Shazwani


Stesen keretapi pertama di Kaohsiung yang di kenali sebagai Takow Station pada zaman pemerintahan Jepun suatu ketika dulu. Pada tahun 2003, kerajaan Kaohsiung telah mengklasifikasikan stesen ini sebagai bangunan bersejarah. Kemudian diberi kebenaran kepada Railway Culture Society untuk dijadikan sebuah muzium. Muzium ini terletak bersebelahan dengan The Pier 2 Art Centre.

Terdapat beberapa keretapi lama yang pernah digunakan suatu ketika dulu di kawasan luar muzium. Penduduk tempatan gemar berkelah di kawasan tanah lapang di belakang muzium yang dulunya adalah landasan keretapi. Mereka masih mengekalkan landasan tersebut sehingga kini. 

Waktu operasi
Isnin Tutup
Selasa-Ahad 10:00-18:00


Cijin Island
 Shazni Shazwani
 Shazni Shazwani

Dulunya Cijin Island adalah sebahagian daripada bandar Kaohsiung tetapi telah terputus hubungan menjadikan ia sebuah pulau yang kecil. Pelancong boleh pergi ke Cijin Island dengan menaiki feri selama 5-10 minit dari Gushan Ferry Pier ke Cijin Ferry Pier. Kebanyakan daripada penduduk setempat akan bawa bersama kenderaan mereka seperti motor atau basikal untuk menyeberang. 

 Oleh kerana keluasan pulau yang kecil, cukup sehari untuk explore tempat ni. Pelancong boleh menyewa basikal atau motor untuk mengelilingi pulau. Pulau ini menawarkan pemandangan yang cantik dan tempat-tempat yang menarik. Antaranya adalah Cihou Lighthouse, Cihou Fort, Cihou Tianhou Temple, YM Museum of Marine Exploration dan Cijin Seafood Street. 

Pulau ini sangat popular dengan hidangan makanan laut dengan harga yang berpatutan. Namun bagi seorang muslim agak sukar untuk makan street food disini kerana kita tak tahu apa kandungan dan bahan yang digunakan untuk memasak walaupun mereka menjual seafood sahaja.

Pantai di Cijin Island kebiasaannya menjadi tempat bagi mereka untuk menghabiskan masa beriadah sambil menikmati pemandangan waktu senja.

Peta
Waktu operasi feri
Setiap hari 05:00-02:00


Love River
 Shazni Shazwani

Love River ini memainkan peranan penting dari segi ekonomi dan pelancongan buat Kaohsiung. Menaiki bot atau Gondola di Love River merupakan satu daya tarikan yang terkenal di kalangan pelancong dan penduduk setempat. Bermula dari Love Pier, bot ini akan membuat pusingan di Zhongcheng Bridge. Penumpang akan disajikan dengan pemandangan bandar yang pesat membangun. Sungai ini telah menjadi saksi bagi ramai pasangan bercinta yang memilih tempat ini untuk melamar kekasih mereka. Diberi nama Love River selepas Takao River kerana suatu ketika dulu dipercayai terdapat pasangan kekasih sanggup mati bersama-sama di sungai ini.

Tahukah anda, Giant Rubber Duck pernah 'singgah' sebentar di Love River pada September- Oktober 2014.

peta
Waktu operasi bot
Setiap hari 16:00-23:00


Formosa Boulevard MRT Station
 Shazni Shazwani

Stesen MRT yang dinobatkan sebagai stesen kedua tercantik di dunia ini mempunyai kubah hasil karya kaca yang terbesar oleh artis Narcissus Qualiata dari Itali. Karya ini terdiri daripada 4,500 panel kaca berwarna yang juga dikenali sebagai 'Dome of Light'. Beliau mengambil masa lebih kurang empat tahun untuk menyiapkan karya tersebut.

Kubah itu menceritakan tentang kisah kehidupan manusia dalam empat tema.  Tema Air bagi permulaan kehidupan,  Tema Bumi sebagai simbol kemakmuran dan pertumbuhan, Tema Cahaya sebagai Roh Kreatif dan Tema Api sebagai pemusnahan dan kelahiran semula. Apa yang cuba artis ini sampaikan dari keseluruhan tema adalah cinta dan toleransi.

Masjid Kaohsiung
 Shazni Shazwani
 Shazni Shazwani

Masjid ini merupakan masjid kedua dibina di Taiwan selepas Taipei Grand Mosque di Taipei. Terdiri daripada tiga tingkat. Masjid ini dilengkapi dengan dewan serbaguna dan tempat solat wanita di tingkat pertama manakala ruang solat, pejabat dan bilik tetamu di tingkat dua dan tiga. Terdapat sebuah Candelier di dalam bangunan menghiasi ruang solat Masjid Kaohsiung. Di sebelah masjid terdapat restauran Halal yang dikendalikan oleh orang Muslim.

peta


Chen Lili Indonesian Halal Restaurant
 Shazni Shazwani

Chen Lili merupakan seorang warga Indonesia yang sudah menetap di Taiwan lebih 10 tahun. Beliau fasih berbahasa Cina. Menurut Chen Lili, sukar bagi beliau untuk mendapatkan makanan yang Halal di Taiwan. Jika ada, beliau terpaksa pergi ke Masjid untuk mendapatkan daging-daging Halal. Kini, Chen Lili mempunyai sebuah restauran yang menyediakan masakan Indonesia. Salah seorang rakan kongsi beliau juga berasal dari Indonesia.

Walaupun terdapat ramai masyarakat Indonesia yang mempunyai kedai makan Halal di Taiwan, tapi hanya segelintir sahaja yang mempunyai sijil Halal yang telah disahkan. Restaurant beliau mendapat pengikhtirafan sijil Halal pada tahun 2017.

Website | Peta
Waktu operasi
Isnin Tutup, Selasa-Ahad 10:30-21:00



The A Hotel

Hotel ini merupakan hotel 'Muslim Friendly'. Sarapan pagi disediakan bagi mereka yang menetap di hotel ini. Makanan yang disediakan adalah Halal. Ini merupakan salah satu hotel yang mendapat Sijil Halal pada tahun 2017. Selain daripada itu, terdapat beberapa kemudahan seperti bilik gym, bilik mesyuarat, lobi, dan tempat membaca.

Terdiri daripada Deluxe Triple Room, Family Deluxe Room, Deluxe Twin Bed Room,  Deluxe Triple Roon, dan Deluxe Double Room. Sesuai untuk mereka yang travel berseorangan, rakan-rakan atau  keluarga. 

Hotel ini tidak jauh dari tempat-tempat yang boleh dikunjungi di bandar Kaohsiung.

Website | Peta

Video prepared by PCP Publication


Comments

Popular Posts