Tainan, Taiwan
Tainan yang terletak di Selatan Taiwan merupakan sebuah bandar tertua di Taiwan. Bandar ini pernah dijajah oleh orang-orang Belanda dan Jepun. Oleh kerana kaya dengan budaya masyarakat tempatan, tempat ini dibanjiri oleh pelancong dari serata dunia. Fakta Menarik! Tainan mempunyai lebih banyak kuil berbanding bandar-bandar lain di Taiwan Cuaca di Tainan tidak banyak beza berbanding di kawasan Selatan Taiwan seperti Kaohsiung dan Chia Yi. Namun pelancong gemar ke sini pada musim yang lebih sejuk berbanding musim panas. Waktu yang sesuai untuk datang ke Tainan adalah pada bulan Januari, Februari, Mac, April November, dan Disember. Fort Provintia Chihkan Tower atau lebih kenali sebagai Fort Provintia adalah sebuah kubu pusat pentadbiran yang dibina semasa penjajahan Belanda di Taiwan. Terdapat beberapa tugu di kawasan Provintia yang mempunyai sejarah tentang zaman dahulu. Kubu ini sering dipulihkan dan diperbaiki menyebabkan sebahagian d...